Berkhatan kanak-kanak Perempuan

Berkhatan kanak-kanak Perempuan

Apakah hukum berkhatan bagi kanak-kanak perempuan, kerana viral baru-baru ini bahawa khatan wanita tidak wajib, bahkan tidak disyariatkan di dalam Islam?

Di sini Admin mengepilkan satu link daripada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan di mana beliau (mufti) mengatakan bahawa di dalam mazhab Syafie (majoriti pengikut di Malaysia), hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.

Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.

Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:
• Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
• Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:

لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ

Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”
Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan (no. 5271). Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Wallahu’alam.

http://muftiwp.gov.my/…/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-ba…

Oleh itu, kami menawarkan servis berkhatan mengikut syariat Islam, yang dilakukan oleh doctor perempuan di Klinik Nur ‘Aina. Kami juga menawarkan harga yang berpatutan. Ianya cepat, ringkas dan juga tidak sakit sedikit pun.