
Pap smear ialah ujian saringan kanser serviks (pangkal rahim). Ujian ini mengesan perubahan sel pada peringkat awal, sebelum kanser berlaku.
Siapa Patut Membuat Pap Smear
- Wanita berumur 20 hingga 65 tahun yang pernah berkahwin atau aktif secara seksual.
- Kekerapan ujian bergantung pada keputusan terdahulu dan nasihat doktor.
Sebelum Ujian
- Elakkan membuat ujian semasa haid.
- Elakkan hubungan kelamin dan penggunaan ubat faraj sekurang-kurangnya 2 hari sebelum ujian.
- Prosedur mengambil masa beberapa minit sahaja.
Soalan Lazim
Bila keputusan akan diperoleh?
Sampel dihantar ke makmal, dan kami akan menghubungi anda apabila keputusan diterima.
Adakah ujian HPV disediakan?
Ujian HPV boleh diatur melalui makmal. Tanya doktor kami semasa lawatan anda.
Ingin membuat temujanji Pap smear?
WhatsApp 019-988 4284 atau hubungi 09-450 2522
