
Suntikan typhoid adalah wajib bagi pengendali makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (Akta Makanan 1983). Klinik Ridan menyediakan suntikan ini untuk pekerja kedai makan, kantin, katering dan industri makanan.
Kenapa Penting
- Demam kepialu (typhoid) disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi dan merebak melalui makanan atau air yang tercemar.
- Pembawa yang tidak bergejala boleh menyebarkan jangkitan melalui makanan yang dikendalikan.
- Vaksin juga disyorkan bagi mereka yang melancong ke kawasan berisiko.
Yang Perlu Dibawa
- Kad pengenalan atau pasport.
- Rekod suntikan typhoid terdahulu, jika ada, untuk suntikan ulangan.
Soalan Lazim
Bolehkah majikan menghantar ramai pekerja sekaligus?
Boleh. Hubungi kami lebih awal supaya kami dapat menyusun masa yang sesuai untuk kumpulan pekerja anda.
Perlukan suntikan typhoid untuk pekerja anda?
WhatsApp 019-988 4284 atau hubungi 09-450 2522
