Galeri

5 Mac 2025 – Program Medical Surveillance di Ladang FGV Keratong Timur

Program Medical Surveillance telah dijalankan di Ladang FGV Keratong Timur pada 5 Mac 2025. Tujuan utama program ini adalah untuk memantau tahap kesihatan para pekerja ladang secara berkala, selaras dengan garis panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuklah:

  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan fungsi pernafasan
  • Pemeriksaan fizikal am
  • Pengambilan sampel darah dan air kencing
  • Konsultasi kesihatan dengan doktor kesihatan pekerjaan bertauliah

Program ini telah mendapat kerjasama baik daripada pihak pengurusan ladang dan pekerja-pekerja yang terlibat. Suasana program berjalan dengan lancar, teratur.  dan pemeriksaan kesihatan berjalan dengan efisien dan mesra.

18 Jan 2025 – Program Latihan di Boustead Ladang Bebar

Latihan kemahiran di Boustead Ladang Bebar telah diadakan pada 18 Januari 2025, merangkumi dua jenis program iaitu Chemical Handling and Spill Control dan Hearing Conservation Program, selaras dengan arahan JKKP yang menghendaki pekerja-pekerja menjalani program tersebut.