Klinik Ridan, Muadzam Shah menyediakan perkhidmatan X-ray digital di klinik dan merupakan klinik berdaftar FOMEMA untuk pemeriksaan kesihatan pekerja asing di daerah Rompin, Pahang.
Perkhidmatan X-Ray
X-Ray Digital (DR)
Mesin X-ray digital (DR) di klinik dikendalikan oleh juru X-ray (radiographer) bertauliah. Imej diperoleh dengan cepat dan dinilai oleh doktor tanpa perlu ke hospital.
X-Ray Dada
Untuk pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan, pemeriksaan berkala pekerja dan pemeriksaan atas nasihat doktor.
X-Ray Kecederaan
Untuk kes kecederaan seperti jatuh atau terseliuh, apabila doktor perlu menilai kemungkinan patah tulang.
Pemeriksaan FOMEMA
FOMEMA ialah pemeriksaan kesihatan wajib untuk pekerja asing di Malaysia. Pemeriksaan di Klinik Ridan dijalankan oleh doktor kami dan merangkumi:
- Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan oleh doktor.
- Pengambilan sampel darah dan air kencing untuk ujian makmal.
- X-ray dada, yang dijalankan terus di Klinik Ridan.
Klinik Ridan juga merupakan pusat X-ray FOMEMA bagi beberapa klinik berdekatan. Pekerja yang diperiksa di klinik lain boleh menjalani X-ray dada FOMEMA di sini.
Langkah untuk majikan
- Daftar pekerja dan buat bayaran melalui portal FOMEMA.
- Pilih Klinik Ridan, Muadzam Shah sebagai klinik pemeriksaan.
- Bawa pekerja ke klinik bersama pasport dan dokumen pendaftaran FOMEMA.
Soalan Lazim
Perlukah membuat temujanji untuk X-ray?
Hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk memastikan perkhidmatan X-ray tersedia pada waktu lawatan anda.
Bolehkah majikan menghantar ramai pekerja sekaligus?
Boleh. Sila hubungi kami lebih awal supaya kami dapat menyusun jadual pemeriksaan untuk kumpulan pekerja anda.
Ada pertanyaan tentang X-ray atau FOMEMA?
WhatsApp 019-988 4284 atau hubungi 09-450 2522
