Pemeriksaan Kesihatan (JPJ, Universiti & Pekerjaan)

Pemeriksaan kesihatan di Klinik Ridan

Klinik Ridan menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk pelbagai tujuan, termasuk lesen memandu, kemasukan ke universiti dan pekerjaan.

Jenis Pemeriksaan

JPJ

Pemeriksaan perubatan untuk permohonan lesen memandu, termasuk lesen vokasional.

Universiti & Kolej

Pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian.

Pra-Pekerjaan

Pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan pekerjaan, mengikut borang majikan.

Pekerja Asing (FOMEMA)

Lihat halaman X-Ray & FOMEMA.

Yang Perlu Dibawa

  • Kad pengenalan atau pasport.
  • Borang pemeriksaan daripada JPJ, universiti atau majikan.
  • Cermin mata atau kanta sentuh, jika anda memakainya.

Untuk pemeriksaan pekerja yang terdedah kepada bahaya di tempat kerja, lihat Kesihatan Pekerjaan.

Ada pertanyaan tentang pemeriksaan kesihatan?

WhatsApp 019-988 4284 atau hubungi 09-450 2522