
Kesihatan Pekerjaan (OHD) di Klinik Ridan, Muadzam Shah
Klinik Ridan, Muadzam Shah menyediakan perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar dengan JKKP (DOSH) untuk majikan di ladang, estet, kilang dan industri sekitar daerah Rompin, Pahang.
Perkhidmatan Kami
Medical Surveillance (USECHH)
Pengawasan perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya, seperti racun perosak dan racun rumpai di ladang, mengikut Peraturan USECHH 2000. Laporan disediakan oleh OHD berdaftar JKKP.
Ujian Audiometri (Saringan & Diagnostik)
Ujian pendengaran saringan (screening) dan diagnostik bagi pekerja yang terdedah kepada bunyi bising, termasuk ujian ulangan bagi kes perubahan ambang pendengaran (STS), mengikut Peraturan Bunyi Bising 2019. Dijalankan di pusat ujian audiometri klinik yang berdaftar dengan JKKP.
Pemeriksaan Fit-to-Work
Pemeriksaan kecergasan bekerja untuk ruang terkurung (confined space), SHO, SSS, perancah (scaffolding), krew katering, pekerja sinaran, operator lif dan lain-lain.
Health Surveillance
Pemeriksaan kesihatan berkala dan pra-penempatan untuk memantau kesihatan pekerja mengikut risiko pekerjaan masing-masing.
Latihan Program Pemuliharaan Pendengaran (HCP)
Sokongan Hearing Conservation Program (HCP) untuk majikan, termasuk taklimat kepada pekerja.
Latihan Pengendalian Bahan Kimia
Taklimat dan latihan pengendalian bahan kimia secara selamat untuk pekerja ladang dan industri.
Doktor Kesihatan Pekerjaan

Dr. Khairimi Mohamad (Dr. Amy)
Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar dengan JKKP sejak 2020 · No. pendaftaran HQ/20/DOC/00/00553 (sah hingga Mac 2029). Beliau berkhidmat di Klinik Ridan sejak 2012 dan terlibat dalam pengawasan perubatan pekerja, perkhidmatan audiometri serta latihan berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Contoh Program
Antara program kesihatan pekerjaan yang telah dijalankan oleh Klinik Ridan:

Latihan HCP · Bahan Kimia
Latihan HCP & Pengendalian Bahan Kimia Bersama THP Kota Bahagia

Medical Surveillance · Audiometri
Program Medical Surveillance dan Audiometri Bersama KOSMA

Medical Surveillance
Medical Surveillance di Ladang FGV Keratong Timur
Kenapa Pilih Klinik Ridan?
- Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar JKKP berpangkalan di Muadzam Shah.
- Ujian audiometri dijalankan di klinik, dan kes yang memerlukan tindakan susulan dinilai oleh OHD yang sama.
- Berpengalaman menyediakan perkhidmatan kesihatan pekerjaan kepada pelbagai organisasi, daripada ladang dan kilang berskala kecil hingga kumpulan perladangan serta syarikat industri.
- Laporan dan dokumentasi disediakan untuk keperluan pematuhan majikan.
- Klinik dibuka Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 10 malam.
Soalan Lazim
Siapa yang memerlukan medical surveillance?
Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seperti pekerja penyemburan racun di ladang, perlu menjalani medical surveillance oleh OHD berdaftar apabila disyorkan oleh penilaian risiko kimia (CHRA).
Berapa kerap ujian audiometri perlu dibuat?
Pekerja yang terdedah kepada bunyi bising pada atau melebihi paras tindakan perlu menjalani ujian audiometri secara berkala. Hubungi kami untuk menentukan jadual yang sesuai bagi tempat kerja anda.
Bagaimana untuk mendapatkan sebut harga?
Hubungi kami melalui WhatsApp dengan maklumat bilangan pekerja dan jenis pemeriksaan yang diperlukan. Kami akan menyediakan sebut harga untuk syarikat anda.
Minta sebut harga untuk syarikat anda
Sertakan nama syarikat, lokasi, jenis perkhidmatan yang diperlukan (medical surveillance, audiometri, fit-to-work atau latihan), anggaran bilangan pekerja dan tarikh cadangan.
Minta Sebut Harga melalui WhatsApp
atau hubungi 09-450 2522 · WhatsApp 019-988 4284

