Esok Kena Bedah, Malam Ini Nak Buat Apa?

Esok Kena Bedah, Malam Ini Nak Buat Apa?

 

Gementar dan takut sudah semestinya adalah perasaan sesiapa sahaja yang bakal menghadapi pembedahan dalam masa terdekar. Ini juga termasuk para ibu yang sudah mengetahui bahawa mereka akan melalui proses pembedahan bersalin atau caesar pada keesokan hari.

Tetapi, pada malam sebelum pembedahan tersebut apa yang anda boleh lakukan untuk kurangkan rasa takut? Mana mungkin anda akan habiskan masa dengan berfikir dan menenung dinding sahaja kan? Oleh itu, ini adalah beberapa tips anda boleh buat pada malam sehari sebelum pembedahan untuk kurangkan rasa gementar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa sahaja yang akan menjalani pembedahan, selalunya doktor akan menetapkan beberapa peraturan untuk diikuti. Antaranya adalah berpuasa selama 12 jam. Penting untuk anda ikut supaya proses di dalam bilik bedah atau bilik bersalin berjalan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, penting juga untuk anda memberikan sepenuhnya keyakinan kepada doktor yang bakal ‘membedah’ anda. Kalau anda yakin, pastinya doktor akan lebih yakin dan tidak ragu-ragu ketika menjalankan pembedahan. Kalau nak request berjumpa dengan doktor anda sehari sebelum pun boleh juga.