Dr. Khairimi Mohamad mengendalikan latihan HCP bersama peserta Bukit Jalil Keratong Oil Palm Plantations di Klinik Ridan

Latihan HCP Bersama Bukit Jalil Keratong Oil Palm Plantations

  • Tarikh: 5 November 2026
  • Organisasi: Bukit Jalil Keratong Oil Palm Plantations Sdn. Bhd.
  • Lokasi: Klinik Ridan, Muadzam Shah
  • Program: Latihan Program Pemuliharaan Pendengaran (HCP)
  • Peserta: 10 orang

Pada 5 November 2026, Klinik Ridan telah mengendalikan latihan Program Pemuliharaan Pendengaran (Hearing Conservation Programme, HCP) selama tiga jam untuk 10 peserta daripada Bukit Jalil Keratong Oil Palm Plantations Sdn. Bhd. Kebanyakan peserta merupakan pemandu jentera ladang seperti traktor, grabber, spreader dan grader, iaitu kumpulan pekerja yang kerap terdedah kepada bunyi bising ketika bertugas.

Latihan ini dikendalikan oleh Dr. Khairimi Mohamad (Dr. Amy), Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berdaftar dengan JKKP, dengan merujuk kepada Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bunyi) 2019.

Pengisian Latihan

Antara topik yang dibincangkan sepanjang sesi:

  • Pengenalan Program Pemuliharaan Pendengaran (HCP) dan elemen yang terkandung di dalamnya.
  • Kesan pendedahan bunyi bising kepada pendengaran pekerja.
  • Mengenal pasti kawasan bunyi bising dan langkah-langkah kawalannya.
  • Penggunaan alat pelindung pendengaran yang betul sebelum memulakan kerja.
  • Ujian audiometri secara berkala dan penyimpanan rekod yang betul.
  • Penilaian latihan untuk peserta.

Sesi dijalankan secara interaktif melalui penerangan, perbincangan dan pembentangan oleh peserta.

Sorotan Aktiviti

Komitmen Klinik Ridan

Klinik Ridan merakamkan penghargaan kepada pihak Bukit Jalil Keratong Oil Palm Plantations Sdn. Bhd. dan para peserta atas kerjasama sepanjang program ini.

Selain latihan HCP, Klinik Ridan turut menyediakan ujian audiometri saringan dan diagnostik, Medical Surveillance, pemeriksaan fit-to-work serta latihan pengendalian bahan kimia secara selamat, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi.

Berminat menganjurkan latihan untuk pekerja syarikat anda?

Ketahui lebih lanjut melalui Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan Klinik Ridan atau hubungi kami melalui WhatsApp di 019-988 4284 untuk membincangkan skop latihan dan mendapatkan sebut harga.

Share this post